Salam hormat;
============================================
Jika anda tiada masa nak baca celoteh saya, boleh teru download di 3e-book.
============================================
Ebook sekarang ni bukan susah nak dapat. Ada yang PERCUMA, ada yang TAK PERCUMA...kena keluar duit la. Yang berbayar ada yang kualitinya O.K...ada juga yang K.O. Yang percuma, ada yang kualitinya mengalahkan yang berbayar.
Dah sampai masanya, khusus buat pembaca setia blog ini, saya ingin berkongsikan bukan 1...bukan 2...tapi 3 (ya, TIGA!) buah ebook berbahasa Melayu. Adakah saya katakan ianya PERCUMA ?
Ya, ianya PERCUMA. ebook-ebook ini ditulis oleh IM tempatan yang tak berapa terkenal, RK. Kenal tak siapa RK?
Cover ebook Pertama
Salam sejahtera
Dalam masa 2 hari aku berusaha...bersengkang mata mengumpul semua ilmu yang perlu untuk menghasilkan sebuah cover ebook menggunakan photoshop. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan tidak kenal erti putus asa...terciptalah sebuah cover ebook yang sangat berbeza daripada ebook yang berada di dunia internet.
Ringkasan 30 GOLFER TERHEBAT: ebook ini menghimpunkan 30 pemain golf terhebat di dunia dari awal sukan golf dimainkan sehingga sekarang.
Pilih Kerjaya Atau Pilih Gaji?
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera
Kisah kali ini berkisar kepada pokok persoalan yang aku rasa cukup menarik. Dilema di dalam membuat pilihan...kerja atau gaji...yang mana dahulu? Aku pasti setiap insan pernah melaluinya. Biar aku berkongsi pengalaman yang aku lalui di dalam membuat keputusan...kerja atau gaji...yang mana dahulu?
Selepas tamat pengajian ijazah pertama di dalam bidang perakaunan pada tahun 2004 dari UiTM, aku terus mencari kerjaya yang sesuai dengan kelayakan yang aku miliki. Apa sahaja iklan jawatan kosong di dalam sektor kerajaan atau swasta, sudah pasti aku akan menghantar permohonan. Tak kisahlah jawatan yang aku pohon itu setaraf dengan kelayakan yang aku ada atau sebaliknya. Sasaran aku...mesti kerja!
GAJI...GAJI...GAJI
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bila sebut pasal GAJI tentu ramai yang menggaru kepala dan ada juga yang menggeleng-gelengkan kepala. Apa tidaknya, belum sempat GAJI dibayar otak dah mula berkira-kira hutang piutang keliling pinggang. Nasib baik keliling pinggang...kalau keliling leher...paham-paham aje! Kita sudah maklum zaman sekarang adalah zaman DUIT. Banyak pepatah yang kita dengar pasal DUIT..."No Money No Talk"...ada juga yang bijak mencipta lagu..."DUIT-DUIT di mana kau DUIT"..."DUIT-DUIT hutang ku membukit"...
Persoalannya bagaimana kita menjadi insan yang bijak di dalam aspek PENGURUSAN GAJI? Ramai yang tidak sedar kita sebenarnya mengabaikan kemahiran pengurusan ini. Ramai yang pura-pura tahu mereka mahir tentang pengurusan ini...hakikatnya mereka yang berpura-pura adalah "Bodoh Sombong". Kita mesti ubah sikap...kita mesti ubah cara hidup...kita mesti ubah cara kita berbelanja. Jika tidak...kita hari ini akan menjadi kita yang semalam. Mulakanlah langkah pertama dengan mencari dan mengumpul ilmu di dada supaya kita menjadi seorang PENGURUS YANG BERJAYA MENGURUSKAN GAJI SENDIRI!
Sekian.
MENUJU KEJAYAAN
"SAYA hari ini merupakan apa yang SAYA dan MASYARAKAT SEKELILING fikir tentang diri SAYA sebelum hari ini dan SAYA mempercayainya"
Benar! Itu adalah halangan utama yang mesti kita hadapi. Halangan yang sentiasa meracuni minda dan fizikal kita. Tetapi saya mentransformasikan diri saya hari ini kepada seorang insan yang lebih BERANI, yang lebih CEMERLANG, yang lebih BERMATLAMAT dan BERJAYA esok hari! KUNCI KEJAYAAN ada di dalam diri ANDA!
Subscribe to:
Posts (Atom)






